Thursday, August 13, 2009

Pengalaman menuai padi Laila




BANDAR SERI BEGAWAN - Seramai 17 tenaga pengajar Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam (SMPIHM) dari Serasa mengadakan aktiviti menuai atau mengetam padi Laila di kawasan penanaman padi Kampung Wasan baru-baru ini.

Pengetua sekolah, Lim Siew King turut serta dalam aktiviti berkenaan bersama guru-gurunya. Ia dianjurkan oleh Bahagian Aktiviti Guru sekolah yang diketuai Haji Azrin Haji Tunjang, Misli Haji Moksin dan Dayangku Rohana Pengiran Ahmad Damit.

Setibanya di kawasan itu, rombongan diberikan taklimat ringkas oleh Haji Ismail Haji Damit mengenai proses penanaman, penuaian dan menjemur padi sebelum dihantar ke kilang.

Guru-guru berpeluang mengetam padi yang dimiliki Haji Ismail. Terpancar keceriaan dan kegembiraan guru yang buat julung kali menuai padi Laila dengan menggunakan pisau khas.

Walaupun masa terlalu singkat, ia memberikan pengalaman baru bagi guru sekolah berkenaan.

Beras Laila mengandungi nutrien mikro yang lebih berpatutan, karbohidrat dan serat yang rendah berbanding dengan beras yang diimport dari Thailand

No comments: