Monday, November 30, 2009

Percutian ke Miri 29 November 2009.


Perjalanan ke Miri...


Perjalanan ke Miri


E-mart: tukar duit dan pasar buah-bauhan...


Selamat Datang ke Bandar Miri...


Tamu Muhibbah: Pasar sayur dan buah-buahan...


Imperial Mall: Makan KFC, Suger Bun dan Ala Kampung Yum3...


Bintang Plaza, Parkson, Giant dan Bowling.


Boulevard Mall

Thursday, November 26, 2009

Sambutan Hari Guru SMPIHM, Serasa, 24 November 2009.


Guru-guru Sekolah Menengah Pg. Isteri Hajah Mariam, Serasa Tahun 2009.


Miss SMPIHM dan acara memotong kek.


Di antara peserta persembahan tarian dan band.


Persembahan lakonan dari prefek dan PRS 2009 serta band yang mantap.


Fashion show serta acara memotong kek.

Sunday, November 22, 2009

Perlawanan persahabatan futsal PRS SMPIHM dan SM Berakas pada 21.11.2009









Perjumpaan Ibubapa Dewan Serbaguna SMPIHM 21 November 2009










Hari petani, peladang, penternak dan nelayan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan mengisytiharkan 1 November sebagai Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan.

Baginda bertitah mengharapkan dengan pengisytiharan itu, petani, peladang, penternak, nelayan dan pengusaha pertanian akan meneruskan usaha mereka membantu kerajaan dan pada masa sama membantu diri mereka sendiri.

Baginda Sultan juga berkenan mengisytiharkan perubahan nama Jabatan Pertanian yang kini menjadi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Perubahan itu perlu kerana dalam keadaan krisis global yang dibawa perubahan iklim dan kurangnya kawasan yang boleh dijadikan kawasan pertanian, bidang pertanian dilihat sebagai amat penting dan menjadi salah satu tonggak utama dalam perekonomian negara.

"Memandangkan usaha penyediaan bahan makanan membabitkan secara langsung bidang pertanian, maka Beta jadi terpanggil untuk menjadikan Jabatan Pertanian sekarang ini menjadi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan," titah baginda pada Majlis Perasmian Ekspo Pertanian dan Agrimakanan 2009 di Kawasan Kemajuan Pertanian Tungku, Gadong.

Yang berangkat ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Baginda Sultan juga bertitah pembangunan sektor pertanian dan agrimakanan memerlukan peralihan daripada pertanian tradisi kepada pertanian berteknologi tinggi, daripada pertanian kecil-kecilan kepada pertanian berunsurkan komersial berskala besar dan daripada jenis pertanian sambilan kepada pertanian sepenuh masa.

"Ini memerlukan pendekatan baru, terutama dalam hal ehwal pengurusan, tenaga manusia, kemudahan kewangan dan pemasaran.

"Bidang pertanian di merata dunia sudah mengalami perubahan yang deras, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan infrastruktur yang sesuai bagi menghadapi segala kemungkinan.

"Maka atas asas inilah, kerajaan Beta melalui Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama akan terus menyediakan bantuan, bimbingan dan infrastruktur bagi membolehkan pertanian di negara ini berdaya maju," tegas baginda.

Baginda Sultan bertitah menyeru petani, peladang, penternak, nelayan dan pengusaha pertanian menyertai usaha menghijaukan bumi kerana tanpa pembabitan mereka, usaha yang dilaksanakan kerajaan kurang berjaya.

Baginda bertitah pekerjaan bertani dan bercucuk tanam bukan satu pekerjaan yang lekeh tetapi amat dipuji dan digalakkan oleh agama kerana memanfaatkan semua makhluk bumi yang bukan saja menjamin pemakanan rakyat tetapi juga mengurangkan masalah pengangguran.

"Pekerjaan bertani dan bercucuk tanam bukanlah satu kerja lekeh, tetapi amat dipuji dan digalakkan oleh agama, kerana manfaatnya bukan untuk individu tertentu saja, malahan bagi sekalian makhluk Allah Taala, sebagaimana ada Hadis yang bermaksud: 'Bahawa seorang Muslim yang bertanam itu, kemudian hasil tanamannya dimakan oleh manusia, binatang dan burung, semuanya itu akan jadi sedekah baginya sehingga Hari Kiamat.'

"Tidakkah ini petunjuk yang jelas betapa bercucuk tanam itu suatu pekerjaan yang mulia?" titah Baginda Sultan.









Pusat Latihan Mekanik menganjurkan tiga majlis



Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Tiga acara dalam satu melibatkan perasmian Hari Terbuka, pelancaran 'Suara PLM' dan derma penyerahan alat bantu mengajar diadakan di Pusat Latihan Mekanik, Kampung Tungku, hari ini.

'Keusahawanan' adalah tema bagi Hari Terbuka tahun ini sejajar dengan hasrat merealisasikan visi dan misi pusat berkenaan. Melalui tema berkenaan ia akan dapat mendekatkan dan mengeratkan kerjasama dengan pelanggan pusat itu amnya.

Malah pusat berkenaan berharap pelajar akan memanfaatkan pendedahan dan pengalaman dalam hal ehwal keusahawanan sepanjang lima hari sejajar dengan tema Hari Terbuka.

Dengan pelaksanaan itu, Hari Terbuka juga diharapkan dapat menjalin dan mengeratkan hubungan rapat di antara warga pusat dengan masyarakat terutama sekali ibu bapa atau penjaga, penduduk kampung, jiran, pihak industri dan orang awam.

Pengerusi majlis dalam ucapannya menjelaskan bahawa setakat ini beberapa kejayaan tercapai di atas sokongan masyarakat seperti 'Diploma of Excellence' di Pertandingan Kemahiran ASEAN.

Katanya: "Pusat ini mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Pengedar Eksport Proton dengan Syarikat Worldwide Motor Berhad memberikan pembiayaan kepada pelajar bagi menyertai pertandingan."

"Pusat ini penuh yakin dan percaya sesuatu kejayaan institusi itu akan lebih berkesan dengan adanya pembabitan masyarakat secara proaktif sebagaimana yang berlaku di beberapa negara. Pendekatan sebegini diambil perhatian serius pusat ini melalui Perkhidmatan Bimbingan Masyarakat," tambah beliau.