A Team

KUMPULAN BERTINDAK (A Team) Tahun 2011

"Remaja Kita Harapan Kita"














TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN KUMPULAN BERTINDAK ANTI DADAH ( A TEAM ),
ANJURAN BAHAGIAN KAUNSELING DAN KERJAYA, JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN, TAHUN 2010, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.






Alhamdulillah, pertama kalinya sekolah menyertai pertandingan ini dan berjaya menduduki tempat yang ketiga di peringkat akhir Pertandingan Kumpulan Bertindak Anti Dadah Tahun 2010. Pertandingan diadakan pada 16 Oktober 2010 bertempat di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling Dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Kumpulan yang lebih dikenali dengan gelaran
A Team menerima Piala Iringan dan wang tunai sebanyak $1500.00. Kumpulan ini dibawah bimbingan Cikgu Hj. Azrin Bin Hj. Tunjang dan Cikgu Zini Bin Hj. Dullah. Peserta terdiri dari Md Arfian Bin Hj Yusof (Ketua), Abd Rahman Bin Hj Aji, Md Adli Bin Suimi, Md Nur Al-Hafiz Bin Hj Hamidi dan Md Zulkhairi Bin Hj Ahmad. Mereka menggelarkan diri dengan “As Syabab”  bererti remaja.

Adapun objektif A Team SMPIHM iaitu membantu individu mengalami proses perkembangan sihat seimbang iaitu dari segi riadah, rohani dan rihlah supaya menjadi individu  yang memiliki ciri-ciri yang bersesuaian dengan masyarakat dan negara. Selain itu, membantu individu mengembangkan potensi sama ada dari segi personaliti, sosial, emosi dan kebijaksanaan bertindak. Objektif ini bersesuaian dengan slogan kumpulan iaitu “Remaja Sihat Tanpa Dadah”. Komponen yang diberikan penekanan dan dirancang dengan teliti bagi mencapai objektif (3RP) iaitu Rohani (keagamaan), Riadah (bersukan), Rihlah (lawatan) dan Pencegahan.

Kebaikan ketara dalam melaksanakan aktiviti A Team iaitu membina sikap kerjasama, kerja berpasukan dan sabar dalam menghadapi cabaran. Kedua, menggunakan pengaruh pemimpin sekolah seperti prefek dan pembimbing rakan sebaya serta belia masjid dalam menyebarkan maklumat bahaya dadah. Ketiga, meningkatkan tahap kesedaran para remaja khususnya para penuntut SMPIHM, Serasa agar berani menentang panyalahgunaan dadah. Keempat, menerima komen yang positif dan menggalakkan semasa menjalankan aktiviti Riadah dan Rihlah.

Sekalong Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Warga SMPIHM, HEP dan PBK SMPIHM, Prefek dan PRS 2009-2010, Kelab Usahawan SMPIHM, Kelab Geography SMPIHM, Sekolah Menengah Lambak Kiri, SM Kebangsaan Pantai, Labuan, Biro Kawalan Narkotik (BKN), Bank Islam Brunei Berhad (BIBD), Noraini Bakery, Syarikat Seri Paring, Taiwah Travel Services Sdn Bhd, Mangrove Paradise Resort, Muara City, Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masnah, Pengurusan Lapangan Terbang, Jabatan Penerbangan Awam, Air Asia Airline, Mas Airline, Belia Masjid Setia Ali, Muara, Mahasiswa UNISSA, Hong Textile, Bengkel Kereta Berakas dan Zisen Travel Centre.

Aktiviti yang telah dijalankan dari bulan April hingga Oktober Tahun 2010

1.       Rohani (Keagamaan)
 
Bil.
Rohani (Keagamaan)
Tarikh
Sasaran
Objektif
1
Sumbangan Buku Yassin dari BIBD.
27 Mei 2010
Warga Sekolah dan Sekitarnya.
Pengisian rohani (spiritual) dengan aktiviti-aktiviti keagamaan
2
Iktikaf dan Promosi A Team
ke Masjid Setia Ali, Pekan Muara.
29 Julai 2010
3
Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Seri Pimping.
30 Julai 2010
4
Program Hajatan: ‘Kami Peduli’
25 Ogos 2010
5
Pemberian ‘Bunga Telur berbendera
di Majlis Khatam Al-Quran.
1 September 2010


2.    Riadah (Bersukan)

Bil.
Riadah (Bersukan)
Tarikh
Sasaran
Objektif
1
Sukarelawan LDK
Kursus Kepimpinan Prefek 2010.
27 April 2010
Pemimpin sekolah seperti PRS  dan prefek 2009-2010, pelajar dan remaja muara.
Mengisi masa lapang remaja dengan aktiviti yang sihat dari terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti lepak, merokok, mencuri dan sebagainya serta membentuk remaja sihat jasmani, emosi dan rohani.
2
Persahabatan Bolasepak Prefek 2009.
29 April 2010
3
Persahabatan Bolasepak Muara City.
1 Mei 2010
4
Persahabatan Bola Pantai Menengah 5.
8 Mei 2010
5
Persahabatan Futsal Menengah 5.
3 Jun 2010



3.    Rihlah (Lawatan)

Bil.
Rihlah (Lawatan)
Tarikh
Sasaran
Objektif
1
Syarikat Seri Paring,
Kampung Sungai Besar
30 April 2010
Kelab E.C.A , pelajar SMKP, pekerja tempatan  dan asing.
Memperlihatkan peluang pekerjaan yang boleh diceburi selepas tamat persekolahan dan mengelakkan  remaja terlibat dengan sendikit dadah luar negara yang memperalatkan remaja dengan ganjaran wang.
2
Noraini Bakery,
Kampung Kapok Kiri
8 Mei 2010
3
SM Kebangsaan Pantai,
Wilayah Persekutuan Labuan.
14 Mei 2010
4
Mangrove Paradise Resort,
Kampung Sungai Matan
29 Mei 2010


4.    Program Pencegahan

Bil.
Program Pencegahan
Tarikh
Sasaran
Objektif
1
Pencegahan Dadah Melalui Air
di Tarminal Serasa.
4 Jun 2010
 Pelancong tempatan dan luar negeri.
Mengedarkan  sticker berlabel ‘Awasi Beg Awda !’ di kaunter Taiwah Travel Services Sdn Bhd, Air Asia , Mas Airline, Zisen Travel dan Bengkel Kereta Berakas.
2
Pencegahan Dadah Melalui Udara
di International Airport.
20 Julai 2010
3
Pencegahan Dadah Melalui Darat di Sungai Tujuh dan Kuala Lurah.
28 September 2010
4
Sudut As Syabab (A Team)
10 Mei 2010
Warga SMPIHM, Serasa
Memberi pengetahuan 3RP dan menyebarkan risalah pencegahan dadah, mengemaskini Laluan dan  ‘Pondok Anti Dadah’ dengan motivasi remaja, penawar stres: amalkan 10B dan pesanan BKN.
5
Persembahan ‘Generasi Pemikir, Negara Mantap’
3 Ogos 2010
6
Pencegahan Dadah di Perpustakaan  SMPIHM
10 Ogos 2010
7
Membisaikan Sekolah
22 September 2010



5.    Kajian

Bil.
Kajian
Tarikh
Sasaran
Objektif
1
Biro Kawalan Narkotik
4 Mei 2010
Pelajar, guru dan ibubapa.
Mendapatkan bahan dan  dapatan kajian.
2
Meja A Team
6 Mei 2010
3
SMPAP Hjh. Masnah, Lambak.
13 Julai 2010
4
Biro Kawalan Narkotik
28 September 2010











Johan, Penyampai Dan Teknik Terbaik, Pertandingan Peringkat Akhir ‘Multimedia Presentation’,
Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Dan Maktab Senegara
Tahun 2010 Bagi Kali Ke 2,
Anjuran Bahagian Kaunseling Dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan,
 Negara Brunei Darussalam.





Alhamdulillah, pasukan ini telah membuat persediaan awal  iaitu pada bulan Jun 2009. Disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, pertandingan ini diadakan pada awal 9 Mac 2010  (Peringkat Saringan) dan 1 April (Peringkat Akhir). Pelbagai persiapan telah dibuat terutama pemilihan peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar yang mengikuti kelas komputer terutama asas pengetahuan berhubung dengan flash. Para pelajar diberi kursus singkat pada tahun 2009 oleh salah seorang rakan sebaya mereka yang pernah menjadi finalis dan meraih hadiah’ Teknik dan Persembahan Terbaik’ tahun 2008. Pelajar juga diberi bimbingan oleh guru komputer sekolah iaitu Cikgu Normazliana bte Hj Moksin dan Cikgu Dk Noor Afizah bte Pg Haji Damit.

Pada tahun 2010, kumpulan bersyukur kerana terpilih mara ke peringkat akhir. Selain itu, pelajar-pelajar diberi bimbingan dan pendedahan tentang pengetahuan yang berhubung kait dengan penyalahgunaan dadah oleh Cikgu Hj. Azrin Bin Hj. Tunjang. Peserta juga membuat kajian dari bahan bacaan dan halaman internet untuk mendapatkan bahan sokongan. Pada 25 Mac 2010, pasukan ini membuat satu kajian lapangan ke Biro Kawalan Narkotik berhubung dengan Kesan-Kesan Dadah Methylapatime (Syabu) iaitu tajuk utama pasukan ini. Sebagaimana tema bagi pertandingan Multimedia Presentation iaitu ‘Remaja Bebas Dadah’.

Kumpulan merasa gembira dan terharu apabila diumumkan sebagai Johan Pertandingan dan sekaligus merebut Hadiah ‘Penyampai Dan Teknik Terbaik’ kali yang ke 2. Pengorbanan masa dan tenaga selama ini berbaloi dengan hadiah yang diperolehi merebut wang tunai sebanyak $2000 berserta’ Sijil Penyertaan, Piala Iringan dan Pusingan’. Selain itu, kumpulan juga menerima Piala Rebutan dan wang tunai sebanyak $200 bagi ‘Penyampai Dan Teknik Terbaik’. Peserta pertandingan terdiri dari Muhammad Amirul Alif Bin Jonhimram (Ketua), Aziman Bin Laiman, Wardahtul Umma Qairawani Bte Mumin, Abdul Shahrul Muniff Bin Muhammad dan Zixian Lau.                                       
Sudut Penghakiman iaitu
1.       Masa persembahan animasi tidak melebihi 5 minit dan tidak kurang daripada 4 minit.
2.       5 minit bagi sesi soaljawab.
3.       Storyboard, creativity dan originality – 25%
4.       Graphic – 20%
5.       Audio – 15%
6.       Keserasian dan ketepatan maklumat – 30%
7.       Penyampaian dan sesi Soaljawab – 10%                                          

Di antara kunci kejayaan kumpulan ini iaitu team work iaitu kerja berpasukan. Pembahagian tugas antara seorang dengan yang lain, persafahaman dari segi idea mahupun animasi iaitu teknikal, toleransi iaitu tolak ansur dan bekerjasama untuk menyelesaikan animasi baik dari sudut teknikal mahupun jalan cerita (Story board) dan menerima teguran individu baik dari guru-guru, rakan sebaya mahupun panel hakim.

Pesanan ini bertepatan dengan objektif pertandingan iaitu untuk mengwujudkan kesedaran berterusan di kalangan pelajar tentang akibat dan kesan buruk penyalahgunaan dadah. Selain itu, menyampaikan mesej pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah melalui teknologi maklumat. Sekolah juga dapat membuat penyelidikan tentang bahaya, hukuman dan undang-undang yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, menyebar dan mengongsikannya dengan semua pelajar.

Akhir kata, sekalong penghargaan buat Pengetua, Timbalan Pengetua Akademik, Guru-guru dan Para Pelajar SMPIHM, Serasa yang sama-sama memberi sumbangan dalam bentuk idea-idea yang membina serta Pegawai-Pegawai Biro Kawalan Narkotik. Sebagaimana slogan pasukan SMPIHM, Serasa iaitu ‘Remaja Sihat Tanpa Dadah’.  Sekian. Wassalam

‘Remaja Bebas Dadah’