Falsafah


FALSAFAH
‘Setiap kanak-kanak adalah unik, dinamik dan berpotensi untuk mencapai perkembangan yang maksimum’

VISI
‘Bersama menanai kecemerlangan generasi baru’

MISI
‘Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang holistik, 
ke arah pembentukan pelajar yang berkualiti’
 
MOTO
‘Pemedulian pelajar keutamaan kami’

TUJUAN
Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah adalah bertujuan untuk:
1. Membantu pelajar mengembangkan potensi sama ada dari segi akademik, keperibadian/sahsiah, sosial, emosi dan kebijaksanaan bertindak.
2. Membantu pelajar mengalami proses perkembangan seimbang iaitu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya menjadi individu  yang memiliki ciri-ciri yang bersesuaian dengan masyarakat dan Negara.
3. Menolong pelajar memahami dan mengembangkan minat, bakat kekuatan dan kelemahan diri dan membantu mereka memilih mata pelajaran, jurusan dan cita-cita kerjaya masa depan.
4. Membantu pelajar memiliki kemahiran-kemahiran yang perlu untuk menghadapi berbagai-bagai situasi masa kini dan masa depan.

FOKUS
Ada empat komponen penting yang harus diberikan penekanan dan dirancang dengan teliti bagi mencapai tujuan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah;
1. Perkembangan personaliti
2. Perkembangan akademik
3. Bidang kerjaya
4. Sesi kaunseling (individu, kelompok dan ibubapa)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR SEKOLAH.
· Mengumpulkan dan menyimpan maklumat klien / pelajar dengan sistem fail yang teratur (rekod sesi kaunseling, rekod
kecenderungan kerjaya dan rekod-rekod inventori).
· Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
· Merancang, melaksana dan mengawalselia program / aktiviti pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
· Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui kajian keperluan, soal-selidik, perbincangan dengan
pelajar, guru-guru, ibubapa dan pentadbiran sekolah.
· Membimbing para pelajar memahami tingkahlaku yang diterima / tidak diterima masyarakat.
· Membimbing pelajar tentang dunia kerjaya (mengumpul, 
menyelia dan menyebar maklumat; merancang dan melaksana program dan aktiviti mengenai peluang-peluang ke pengajian tinggi dan kerjaya kepada pelajar).
· Membimbing pelajar membentuk personaliti positif melalui
program-program yang terancang.
· Perkhidmatan melatih Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).
· Membina hubungan dengan masyarakat luar.
· Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif (mengandungi
bahan-bahan rujukan / maklumat mengenai kerjaya, pengajian tinggi, tatacara temuduga,  biasiswa, penggendalian masa, stress management dsb).
· Membina pelajar menghadapi kehidupan dan menyesuaikan diri.
· Merancang, melaksana dan menyelia program / aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik.
· Membina hubungan baik dengan pelajar, guru-guru dan ibubapa / penjaga pelajar.
· Menilai keberkesanan program bimbingan dan kaunseling serta berusaha untuk meningkatkannya.
· Memberi ceramah / bengkel motivasi, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar, guru-guru dan ibubapa.
· Berperanan sebagai pakar rujuk. Guru-guru atau ibubapa yang menghadapi masalah serius dengan pelajar / anak dapat merujuk kes tertentu kepada kaunselor sekolah.
· Membuat laporan kegiatan tahunan dan menyerahkan laporan tersebut kepada pengetua dan Ketua Bahagian Kaunseling dan Bimbingan bakat Kerja, Jabatan Sekolah-Sekolah.