Sunday, November 22, 2009

Pusat Latihan Mekanik menganjurkan tiga majlis



Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Tiga acara dalam satu melibatkan perasmian Hari Terbuka, pelancaran 'Suara PLM' dan derma penyerahan alat bantu mengajar diadakan di Pusat Latihan Mekanik, Kampung Tungku, hari ini.

'Keusahawanan' adalah tema bagi Hari Terbuka tahun ini sejajar dengan hasrat merealisasikan visi dan misi pusat berkenaan. Melalui tema berkenaan ia akan dapat mendekatkan dan mengeratkan kerjasama dengan pelanggan pusat itu amnya.

Malah pusat berkenaan berharap pelajar akan memanfaatkan pendedahan dan pengalaman dalam hal ehwal keusahawanan sepanjang lima hari sejajar dengan tema Hari Terbuka.

Dengan pelaksanaan itu, Hari Terbuka juga diharapkan dapat menjalin dan mengeratkan hubungan rapat di antara warga pusat dengan masyarakat terutama sekali ibu bapa atau penjaga, penduduk kampung, jiran, pihak industri dan orang awam.

Pengerusi majlis dalam ucapannya menjelaskan bahawa setakat ini beberapa kejayaan tercapai di atas sokongan masyarakat seperti 'Diploma of Excellence' di Pertandingan Kemahiran ASEAN.

Katanya: "Pusat ini mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Pengedar Eksport Proton dengan Syarikat Worldwide Motor Berhad memberikan pembiayaan kepada pelajar bagi menyertai pertandingan."

"Pusat ini penuh yakin dan percaya sesuatu kejayaan institusi itu akan lebih berkesan dengan adanya pembabitan masyarakat secara proaktif sebagaimana yang berlaku di beberapa negara. Pendekatan sebegini diambil perhatian serius pusat ini melalui Perkhidmatan Bimbingan Masyarakat," tambah beliau.



















No comments: