Friday, November 13, 2009

Perjumpaan rangka program kaunseling

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan mengadakan perjumpaan dengan kaunselor sekolah senegara di Bilik Persidangan, Pusat Tingkatan Enam, Kampong Katok, dekat hari ini.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Suhut Haji Sahat yang merupakan Kaunselor Sekolah Menengah Masin, diikuti ucapan Pemangku Ketua Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Hajah Gambar Haji Gapor.

Beliau menyentuh mengenai lapan projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2010 oleh kaunselor sekolah itu. Antaranya Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pertandingan Kumpulan Bertindak Antidadah, Pertandingan Bilik Kerjaya dan Program Perkembangan Staf.

Ali Yusri Abdul Ghafor pula menyentuh mengenai pertandingan Kumpulan Bertindak Antidadah dan Program Forum Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah yang akan dijalankan tahun depan.

Program ini akan melibatkan tujuh agensi kerajaan iaitu Bahagian Kaunseling sendiri, Biro Kawalan Narkotik, Bahagian Promosi dan Pendidikan Kesihatan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Pusat Dakwah Islamiah, Bahagian Perhubungan Awam (Pasukan Polis Diraja Brunei) dan Jabatan Penjara.

Haji Haji Haji Othman menyentuh mengenai Pertandingan Multimedia yang tertangguh tahun ini akan diteruskan pada 2010.

Penangguhan itu disebabkan wabak Influenza A (H1N1) yang melanda negara pada pertengahan tahun ini.

Sementara guru Hajah Rokayah Haji Tawe menerangkan mengenai Program Perkembangan Staf bagi tahun 2010 khusus untuk menambah pengetahuan dan pengalaman kaunselor sekolah.

Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah pegawai dari Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja.

No comments: