Tuesday, February 16, 2010

Bengkel kaunseling kelompok SMSSA





Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Kampung Salambigar, Jalan Muara mengadakan Bengkel Kaunseling Kelompok bagi penuntut Menengah Lima yang bakal menduduki peperiksaan GCE 'O' Level nanti.

Sebanyak 11 kumpulan terdiri daripada 200 orang penuntut terlibat dalam bengkel tersebut. Peserta bengkel berkenaan ditempatkan di beberapa lokasi iaitu kelas-kelas, perpustakaan, dewan serba guna dan lain-lain bahagian di sekolah berkenaan.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan ucapan aluan-aluan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Kewangan, Awang Zamain Abdul.

Dalam bengkel tersebut, para penuntut ditekankan kepada beberapa perkara iaitu membina matlamat, mengubah sikap negatif kepada positif dan sebagainya.

Tujuan bengkel itu diadakan adalah untuk meningkatkan keyakinan diri, mengetahui kesilapan dan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar itu sendiri.

Pihak sekolah melalui Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya sekolah berkenaan menjemput beberapa orang kaunselor sekolah dari Kluster 2 iaitu Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Sekolah Menengah Muara, Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja, Mentiri dan Sekolah Menengah Sayyidina Hussein dari Kluster 3.

Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Kaunselor Perunding, Awang Ali Yusri Abdul Ghafor dari Bahagian Bimbingan dan Kaunseling Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan

No comments: