Thursday, February 18, 2010

Usaha ajak pelajar atasi sikap negatif













Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Seramai 120 pelajar Menengah 5 dari Sekolah Menengah Serasa mengikuti bengkel kaunseling kelompok yang dikendalikan Bahagian Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya sekolah berkenaan.

Bahagian Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya sekolah itu mengundang beberapa kaunselor sekolah dari Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan Sekolah Menengah Dato Seri Maharaja, Mentiri.

Turut hadir pada bengkel itu ialah Kaunselor Perunding, Ali Yusri Abdul Ghafor dari Bahagian Bimbingan dan Kaunseling Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-sekolah.

Peserta ditempatkan di beberapa lokasi iaitu kelas, perpustakaan dan bilik persidangan sekolah berkenaan

Pada bengkel itu juga pelajar diberi penekanan terhadap beberapa perkara termasuk membina matlamat dan mengubah sikap negatif kepada positif.

Tujuan bengkel itu ialah untuk meningkatkan keyakinan diri, mengetahui kesilapan dan kelemahan yang dihadapi oleh pelajar itu sendiri

No comments: