Friday, January 29, 2010

Bengkel asas Bridge Remaja Sihat







Oleh Sahama
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Kaunselor Kluster 2 mengungkayahkan bengkel Asas Bridge Remaja Sihat (BRS) di Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Lambak Kanan.

Bengkel berlangsung selama tiga hari dan berakhir pada hari ini. Perantara bengkel BRS ialah Ahmad Haji Hussein, Kaunselor Sekolah Menengah Lambak Kiri.

Peserta terdiri daripada kaunselor sekolah Kluster 2 dan pembantu kaunselor iaitu Sekolah Menengah Berakas, Sekolah Menengah Lambak Kiri, Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah PAP Masna, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam dan Sekolah Menengah Pehin Dato Seri Maharaja, Mentiri. Kluster 2 juga mengundang kaunselor dari Sekolah Menengah Yayasan Hassanal Bolkiah.

Salah satu tujuan BRS ini ditubuhkan ialah untuk mewujudkan pelajar yang sihat dari gejala sosial dan semangat patriotik.

No comments: