Monday, January 25, 2010

Bengkel ke arah kecemerlangan akademik




Oleh Sahama

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Bahagian Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajah Mariam, Serasa mengendalikan bengkel dan kongsi sama mengenai hasil kajian ciri-ciri guru idaman pelajar bagi guru-guru sekolah itu.

Ia dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Haji Azrin Haji Tunjang kemudian sesi bengkel yang disampaikan oleh Muhd Nazrul Ardhi Abdullah Burut dengan tajuknya Ke arah Kecemerlangan Akademik Pelajar.

Seramai 93 tenaga pengajar yang terlibat dalam bengkel tersebut dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut jabatan masing-masing.

Bengkel tersebut antara lain bertujuan memahami dan mengetahui ciri-ciri guru yang diminati, diidamkan dan disukai oleh para penuntut.

Turut hadir ialah pengetua sekolah berkenaan Lim Siew King, timbalan pengetua Akademik Haji Said Haji Salleh, pemangku timbalan pengetua Haji Ali Haji Zainal, guru-guru kanan dan tenaga pengajar sekolah itu.


No comments: