Monday, January 25, 2010

Lawatan kerja singkat ke daerah Limbang










































Oleh Sahama

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Komiti Bimbingan dan Kaunseling Kluster 2 mengadakan lawatan kerja singkat ke daerah Limbang pada Jumaat lalu, diketuai kaunselor Sekolah Menengah Lambak Kiri, Skim Perumahan Kurnia Rakyat Jati, Lambak Kiri, Awang Ahmad Haji Hussein.

Program pertama lawatan itu dimulai dengan kunjungan ke Jabatan Residen, Bahagian Limbang. Di sana, rombongan mendengar taklimat daripada Timbalan Residen (Pembangunan) Daerah Limbang, Elvis Anak Didit mengenai perkembangan dan kemajuan daerah itu.

Seterusnya, taklimat disampaikan oleh Mohd Dzul Badzli Abdullah, Pegawai Jabatan Pelajaran Daerah Limbang yang memberikan penerangan ringkas tentang perkembangan sekolah-sekolah di sana.

Kemudian, rombongan mendengar taklimat mengenai pengurusan dan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah di daerah berkenaan.

Rombongan turut dibawa melawat ke sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong, Limbang. Ketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Limbang, Pemangku Pengetua Sekolah Menengah berkenaan Jaffri Haji Mail memberikan penerangan mengenai fungsi dan peranan kaunselor sekolah di sana.

Para rombongan dibawa melawat ke persekitaran sekolah di antaranya ialah pondok sekolah yang disumbangkan oleh PIBG sekolah berkenaan, bilik sumber, bilik bimbingan dan kaunseling sekolah itu.

Destinasi lawatan terakhir rombongan tersebut ialah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong. Para rombongan mendengar taklimat dari pengetua sekolah berkenaan, Mary Ng Siew Huan kemudian penerangan mengenai Pengurusan Kelas Akademik dan Aktiviti Pelajar.

Seramai 53 orang kaunselor sekolah, pembantu kaunselor dan anggota PIBG sekolah-sekolah yang terlibat menyertai rombongan itu yang antara lain bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan serta mengeratkan hubungan antara persatuan ibu bapa dan guru sekolah kluster 2

No comments: