Friday, March 26, 2010

Pelajar cemerlang SM Serasa terima anugerah







Oleh H Bat
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Sekolah Menengah Serasa Muara pagi ini mengadakan majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 di dewan sekolah berkenaan.

Tetamu kehormat di majlis itu ialah Ketua Kampung Masjid Lama, Pelumpong dan Sabun, Pengiran Haji Mohammad Pengiran Haji Othman.

Acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin Haji Norazali Haji Sapar.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengetua Sekolah Lim Siew King mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar Tahun 7 dan 8 serta menengah 4 dan 5 tahun 2009 yang menerima hadiah penghargaan pada majlis itu.

Beliau berkata, pencapaian akademik pelajar sekolah ini dari setahun ke setahun adalah membanggakan dengan kebanyakan pelajar tahun lalu mencapai keputusan peperiksaan yang baik.

Acara kemuncak adalah penyampaian pelajar cemerlang dan pelajar terbaik keseluruhan dalam peperiksaan GCE 'O' Level dan Penilaian Menengah Bawah (PMB) yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

Pelajar terbaik GCE 'O' Level 2009 ialah Norafidah Sawal yang memperoleh 9 'O' manakala pelajar terbaik PMB, Teo Yah Sze mencatat keputusan 6 Distinction.

No comments: