Friday, March 26, 2010

Sekolah Menengah Serasa anjur Sukan Ria



Oleh H Bat

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Sekolah Menengah Serasa hari ini mengadakan acara Sukan Ria bagi semua penuntut, guru serta kakitangan sekolah sempena akhir penggal pertama persekolahan.

Acara Sukan Ria itu adakan di padang sekolah berkenaan dan disertai kira-kira 600 orang pelajar menengah bawah dan atas.

Pelbagai acara sukan dipertandingkan bagi memeriahkan sukan itu antaranya perlawanan tarik kalat, lari dan meniup belon hingga pecah bagi perempuan dan lelaki, lari ulang alik 50 meter, lari membawa bola pingpong, menolak bola hoki dan lari dengan mengikat kaki berpasangan.

Tujuan utama acara sukan itu diadakan adalah memberi peluang para pelajar menjalani kehidupan sihat serta merehatkan fikiran selepas menjalani peperiksaan pertengahan tahun di samping mengeratkan lagi silaturahim antara murid-murid dan guru-guru.

Hadir sama di acara itu ialah Pengetua Sekolah, Dayang Lim Siew King yang juga berkesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

No comments: